Tidak perlu tamak jawatan — Amirzan dinasihat pilih jawatan menteri atau pengerusi GLC – Rosman

KOTA KINABALU: Pengarah Komunkasi Strategi UMNO Sabah Datuk Rosman Datu Ahir Zaman mencabar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali agar meletakkan jawatanya sebagai Menteri jika beliau berminat terus menjadi Pengerusi Sayrikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kerajaan negeri.

Advertisements

Katanya Armizan selain menjadi Menteri di Peringkat kerajaan Pusat juga menjadi Pengerusi Common Tower Technologies (CCT) yang mana ianya telah menyalahi peraturan yang sedia ada.

“Nampak sangat tamak jawatan, apakah tidak ada individu lain yang layak menjadi pengerusi, beliau (Armizan) sudah jadi Menteri di peringkat kerajaan pusat, seharusnya tumpulah tugasnya dalam menjaga hal ehwal Sabah dan Sarawak” tegas Datu Rosman.


Menurut Datuk Rosman perbuatan itu membuktikan Kerajaan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor sebagai kerajaan yang “bernafsu besar dan tamak jawatan”.

Menurut beliau beberapa pemimpin PGRS berselindung disebalik imej dan berjuang untuk kepentingan rakyat Sabah , sebaliknya mereka berjuang untuk kepentingan peribadi dengan sikap tamak haloba membolot kuasa dan jawatan.

Malah menurut Datu Rosman, Hajiji juga turut meletakkan orang-orang beliau di beberapa kementerian yang penting seperti Kementerian Kewangan, Bahagian Pengurusan dan Kewangan Jabatan Ketua Menteri dan beberapa jabatan kerajaan negeri yang lain.

“Kita juga difahamkan beliau (Hajiji) juga sedang melobikan jawatan pengerusi pengerusi GLC di bawah kerajaan pusat untuk meletakkan orang-orang beliau sebagai pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah,” katanya.

Dalam perkembangan in, menurut Datuk Rosman jelas membuktikan sebilangan pemimpin PGRS tamak kuasa dan jawatan dan dalam masa yang sama mereka perlahan-lahan mengeluarkan pemimpin-pemimpin UMNO Sabah di dalam GLC samada sebagai pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah.

“Perbuatan mereka ini tidak melambangkan konsep kerajaan perpaduan, bagi mereka UMNO/BN di Sabah sama tarafnya seperti parti pembangkang maka tidak hairanlah UMNO/BN Sabah tidak menyokong kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri kerana sikap tamak haloba mereka,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles