Bulan Ramadan perlu dimanfaat untuk bina kekuatan rohani – Salzo Asa

SANDAKAN: Bulan Ramadan perlu dimanfaatkan sebagai bulan yang mampu membina kekuatan rohani dan jasmani umat Islam.

Advertisements

Naib Ketua UMNO Bahagian Libaran Datuk Salzo Asa berkata, kehadiran Ramadan harus dijadikan sebagai peluang untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan selain membantu golongan yang memerlukan.

“Pada masa sama Ramadan mampu meningkatkan lagi nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan agama, bersopan santun, mengawal perasaan yang tidak baik selain memperkukuhkan ukhuwah, semangat kerjasama dan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan asnaf di tiga buah rumah pemimpin masyarakat di Kampung Tinusa 2, kelmarin.

Salzo meminta masyarakat Islam agar memiliki sikap suka bersedekah dan menderma kepada golongan yang susah amat digalakkan bagi memberi keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

“Amalan bersedekah bukan saja menawarkan ganjaran dan pahala tetapi pada masa sama dapat mengukuhkan semangat ukhuwah dan suka menolong,” jelasnya.

Beliau berkata umat Islam perlu mendekatkan diri dengan Allah, mencari ketenangan agar lebih fokus untuk melaksanakan amal ibadah pada bulan ini sekali gus melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaiknya.

Salzo berkesempatan berbuka puasa di kediaman Johari Hosen di Kampung Jawa Batu 12 dan menyampaikan sumbangan kepada asnaf.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles