Oleh: Jaafar Abd Wahid
SANDAKAN : Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi berazam untuk meningkatkan usaha pemerkasaan ekonomi dan kepimpinan wanita bahagian parti itu di semua peringkat.
Ketuanya Hazulizah Md Dani berkata daripada aspek politik dan kepimpinan wanita, perkara itu perlu dilaksanakan secara konsisten memandangjkan Wanita UMNO merupakan tunjang utama mengerakkan jentera parti “apalagi dalam tempoh yang singkat ini Sabah akan berhadapan dengan Pilihanraya Negeri”.
“Bermula dari sekarang persediaan dan program Wanita perlu digerakkan kerana sudah pasti PRN akan datang kita akan berhadapan cabaran dan keadaan yang berbezq dari sebelum ini. Fokus kita adalah kemenangan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kipas angin kepada surau Nur Rahman di kampung Gas dan tudung kepada kumpulan Marhaban Umi Umaira di kampung Desa Permai dalam program Berkah Kasih Ramadan dekat sini baru-baru ini.
Sehubungan itu, Hazulizah mengajak golongan Wanita agar bersama-sama melaksana dan memfokus kepada agenda pemerkasaan hala tuju Wanita khususnya di kawasan tersebut terutama memperkasakan keupayaan parti menghadapi cabaran akan datang.
Selain itu, menurut Hazuliza pemerkasaan ekonomi Wanita turut diberikan perhatian khususnya di kalangan ahli-ahli Wanita yang majoritinya suri rumah, justeru Wanita UMNO bahagian Batu Sapi juga perlu melihat aspek itu yang meliputi tiga aspek iaitu ekonomi, kepimpinan dan sosial.
Dalam hubungan ini, menurut Hazulizah Wanita UMNO bahagian Batu Sapi juga akan memberikan tumpuan kepada menjana ekonomi Wanita melalui pelbagai program yang bakal dilaksanakan antaranya melaksanakan kursus kursus samada jangka pandek atau Panjang berbentuk kemahiran bagi memberikan ilmu kepada golongan Wanita dalam pelbagai bidang jahitan, masakan kraftangan dan sebagainya yang boleh diusahakan untuk menjana pendapatan sampingan golongan Wanita.
Menurut Hazulizah, wanita UMNO bahagian Batu Sapi akan berkerjasama dengan pelbagai jabatan atau agensi kerajaan termasuk KEMAS,MARDI Jabatan Pertanian dan jabatan lain yang boleh bekerjasama menganjurkan kursus-kursus kemahiran .
“Dengan ilmu serta kemahiran yang mereka perolehi ini ianya akan menjadi asas untuk mereka (golongan Wanita) menceburi perniagaan secara kecil-kecilan dan ini sudah tentu dapat menaja taraf siso ekonomi mereka” jelas Hazuliza
Dalam pada itu, Hazulizah berkata Wanita UMNO bahagian Batu Sapi turut mencadangkan agar kerajaan dapat melihat semula cadangan penubuhan pusat transformasi usahawan wanita di setiap negeri dengan menggunakan model holistik PASARNITA
Katanya, PASARNITA menawarkan ruang niaga dan melebarkan jaringan perniagaan wanita selain menyediakan khidmat nasihat keusahawanan dan mempamerkan produk serta jenama.
“Pihak kerajaan juga perlu menggerakkan usaha menyokong secara serius dan bersepadu menggalakkan wanita menjana pendapatan kedua dengan memudahkan syarat pinjaman mikrokredit untuk usahawan wanita yang menjalankan perniagaan separuh masa,” ujarnya.