KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Wanita UMNO Malaysia mampu memainkan peranan penting bagi memastikan kebangkitan penuh UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Sehubungan itu, beliau mahu wanita bersama Pemuda dan Puteri UMNO bangkit bagi membantu merealisasikan misi itu.
Zahid mengakui betapa berpengaruh dan pentingnya peranan wanita dalam perjuangan parti keramat itu.
“Malah tidak pernah sesekali saya mahupun pemimpin UMNO sebelum-sebelum saya menidakkan atau memandang tidak mustahak peranan Wanita UMNO.Â
“Hari ini Wanita UMNO Malaysia merupakan komponen UMNO terbesar. Malah terdapat cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian, ahli Wanita UMNO melebihi ahli lelaki,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook hari ini.
Beliau berkata Wanita UMNO Malaysia sentiasa digeruni lawan politik kerana statusnya sebagai ‘tulang belakang’ parti sejak sekian lama.Â
“Benar. Seperti juga ahli UMNO lelaki, ada juga dalam kalangan mereka yang tersasar daripada perjuangan. Ibarat katak mencari hujan.Â
“Malah wanita lazimnya berketuakan tokoh yang mengutamakan parti dan tidak dirinya.
“Satu penghormatan yang besar kepada kesetiaan ahli Wanita UMNO Malaysia diatas perjuangan agama, bangsa dan negara,” katanya.
Zahid berkata ia secara tersirat bermaksud wanita walau bersifat lemah-lembut dan keibuan, namun peranan, sumbangan dan jasa mereka dalam membangunkan UMNO tidak boleh disangkal.