Kerajaan Negeri hulurkan bantuan bakul makanan kepada penduduk Pitas yang terputus perhubungan:TKM

KOTA KINABALU: Penduduk di beberapa buah kampung di daerah Pitas yang terputus bekalan makanan ekoran  terputus perhubungan jalan darat selepas banjir melanda daerah itu akan menerima bantuan bakul Makanan dari kerjaan negeri.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar kecil) berkata,kerajaan memahami masalah serta kesukaran penduduk yang terlibat untuk keluar membeli keperluan bahan makanan disebabkan ada beberapa jalan darat terputus termasuk sebuah  jambatan di sungai Paparoun Telaga yang menjadi nadi perhubungan utama penduduk kampung Telaga dan sekiranya dihanyutkan banjir besar yang berlaku minggu lepas.

“ Disebabkan faktor ini juga menjadi satu kesukaran untuk kita menghantar bantuan bakul makanan, bagaimanapun usaha berperingkat-peringkat telah dilakukan oleh Jawatankuasa Bencana Alam  Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Pitas untuk menghantar bantuan bakul makanan keada mereka yang terlibat” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini kemarin.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata demikian sebagai mengulas laporan media sekitar 4000 orang penduduk di Pitas yang melibatkan sekitar 15 buah kampung  terputus bekalan makanan ekoran musibah banjir menyebabkan beberapa batang jalan dan jambatan runtuh dan terputus.

Tambah Bung bagi kampung kampung yang masih dihubungi dengan jalan darat pihak Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Pitas, Ahli Parlimen Kudat dan dua wakil rakyat ADUN Pitas dan ADUN Bengkoka telahpun menyelaraskan bantuan bakul makanan kepada mereka yang terjejas.

Menurut Bung dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah penghantaran telah dilakukan melalui jalan udara dengan menggunakan helikopter pada jumaat lepas bagaimanapun tambah Bung,  kepesiti pengangkutan amat terhad dan bantuan yang disalurkan pun agak terhad  selain bergantung kepada keadaan cuaca.

Bung menambah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Ir Shehelmey Yahya telah pun turun padang bagi memantau keadaan ini selain pasukan dari Jabatan Kerja Raya yang diketuai oleh Pengarahnya Ir Ali Ahmad Hamid bersama jurutera-jurutera daerah telah melakukan lawatan ke beberapa buah tempat yang terputus perhubungan jalanraya bagi mengenal pesti kerosakan dan anggaran kos pembaikan dan akan melaksanakan segara kerja kerja pembaikan dan penyelanggaran dengan menggunakan peruntukan kecemasan (AP55)

“ Kita akan memulakan kerja kerja pembaikan dalam tempoh terdekat ini, bagaimanapun ianya amat bergantung kepada keadaan cuaca dan tindakan terawal kita ialah  membuat laluan alternatif bagi jalan jalan yang tidak mengalami kerosakan serius dan masih ada ruang untuk membina laluan alternatif ” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles