Dun Telupid terima 6,000 bantuan bakul makanan

TELUPID: Dewan Undangan Negeri (DUN) Telupid telah menerima sebanyak 6,000 bantuan bakul makanan (bantuan prihatin Covid-19, 2.0) kepada ketua isi rumah yang terkesan bagi golongan B40. 

Advertisements

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J. Kurum mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah di atas keprihatinan menyalurkan bantuan makanan DUN Telupid. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J. Kurum

“Bagi mewakili penduduk kawasan Telupid, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) atas bantuan yang telah diberikan. 

“Memandangkan Telupid merupakan DUN yang baharu dan terletak jauh di pendalaman, agak sukar untuk penduduk di sini keluar ke pekan untuk membeli makanan. 

“Bantuan bakul makanan ini dapat membantu serta meringankan beban dalam mendapat bekalan semasa PKPB berkuat kuasa. 

“Saya juga bersyukur kerana penduduk kawasan Telupid terus mendapat perhatian daripada kerajaan”, kata Jonnybone.

Menurut Jonnybone, pada hari ini, sebanyak empat kampung dalam mukim Liwogu, iaitu kampung Baba, kampung Ansuan, kampung Berayong dan kampung Kiabau menerima bekalan makanan itu.Pengagihan bakul makanan itu dikendalikan oleh Pejabat Daerah Telupid dengan bantuan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). 

“Bantuan akan diagihkan secara berperingkat kerana ruang dewan serbaguna tidak cukup untuk menempatkan stok yang banyak. Manakala, baki yang seterusnya bagi  37 buah kampung akan diagihkan esok dan seterusnya.

Dalam ucapannya, Jonnybone mengingatkan supaya semua rakyat kawasan Telupid supaya terus mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.  

Ini penting bagi mengembalikan aktiviti ekonomi dan sosial supaya rakyat boleh menjana semula pendapatan.

Penyerahan bantuan bakul makanan yang diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid dihadiri oleh agensi kerajaan –Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri, Pegawai Kebajikan Daerah, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan, wakil Pegawai Majlis Daerah  dan Jabatan Penerangan Telupid.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles