SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, membuat tinjauan ke Kompleks Sukan Sandakan untuk melihat keadaan semasa peralatan sukan disini.
Antara yang ditinjau termasuk kawasan kolam renang dan gim di kompleks tersebut.
“Kita berharap kerja-kerja bagi membina bumbung kolam renang yang telah diluluskan dahulu boleh dilaksanakan semula selepas ini.” Jelasnya.
“Selain daripada itu, antara yang diperlukan adalah gantian untuk peralatan gim yang telah usang serta meluaskan lagi bilik gim disini.” Tambahnya dalam satu kenyataan selepas tinjauan itu.
Vivian juga merakam ucapan terima kasih kepada pihak lembaga sukan kompleks ini kerana sudi membuat tinjauan bersamanya untuk memastikan warga Sandakan mempunyai tempat riadah, latihan dan tempat senaman yang bagus serta selesa.
“Sandakan mempunyai ramai atlet yang sangat berpotensi,” katanya.
“Menerusi fasiliti yang bagus, sudah tentu ia juga dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai belia dan atlet kita untuk bersukan dan seterusnya maju ke hadapan dalam bidang yang mereka ceburi,” tambahnya.