Harga jualan simen CIS naik 5-15 peratus bermula 4 Januari

Oleh Haji SUMARDI MOHD YUSOF,
Pengurus Besar
Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd

Advertisements

 
KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) ingin memaklumkan bahawa setelah membuat pertimbangan sewajarnya, harga jualan simen keluaran syarikat dinaikkan di antara 5% hingga 15% daripada harga sedia ada berkuatkuasa dari 4 Januari 2023. Kenaikkan harga ini perlu dibuat memandangkan kos bahan mentah dan perkapalan (Freight Cost) yang tinggi, namun harga tersebut masih lagi berpatutan sepertimana harga simen di negeri- negeri lain. Pendekatan ini diambil demi memastikan CIS terus dapat membekalkan simen berkualiti dan memenuhi keperluan di negeri Sabah.
 
Kenaikkan tinggi kos pengilangan simen telahpun berlaku sejak kebelakangan ini terutamanya pada tahun 2022. Hal ini disebabkan faktor makro ekonomi semasa dan peningkatan ketara matawang Dollar Amerika. Seperti yang telah dilaporkan dalam media tempatan baru-baru ini, harga simen di Sarawak dan Semenanjung Malaysia telah meningkat dengan mendadak sekali. Di Semenanjung Malaysia umpamanya, harga simen telah naik sehingga 30.0% pada tahun lepas.
 
Kilang simen CIS bukanlah sebuah kilang simen bersepadu (Integrated Cement Plant) sepertimana kilang-kilang simen yang lain di Malaysia. Di mana CIS perlu mengimport bahan mentah dari luar negeri Sabah dan ini menyebabkan CIS sangat terkesan dengan faktor luaran iaitu kos perkapalan dan peningkatan Dollar Amerika. Umum mengetahui juga bahawa harga bahan-bahan binaan lain terus meningkat sebanyak 10% hingga 40% pada 2022.
 
CIS akan terus komited untuk membekalkan simen yang mencukupi dan berkualiti. Bagi maksud tersebut, CIS telah mempelbagaikan produk keluaran simennya dengan mengeluarkan Portland Composite Simen gred 32.5N dan simen berkualiti tinggi (High Strength Cement) gred 52.N bagi memenuhi keperluan pengguna dan sektor pembinaan di negeri ini demi untuk mencapai Halatuju “Sabah Maju Jaya”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles