PRU15: Selepas PEJUANG, mantan Ketua Bahagian PBRS pula sokong calon PH Tuaran

TUARAN:?Gelombang merah kebangkitan rakyat Sabah terus dirasai di Tuaran apabila ramai yang  tampil menyatakan pendirian secara terbuka untuk memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

Advertisements

Selepas Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Tuaran terbubar, PH turut menerima sokongan daripada pemimpin Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di PDM Marabahai, pada malam Khamis.

Pengisytiharan sokongan itu dibuat mantan Ketua Bahagian PBRS Pantai Dalit, Paduman Epau, 65,  mantan Ketua Bahagian PBRS Sulaman, Suhardi Suyatin, 43, dan Ketua Pemuda Bahagian PBRS Sulaman, Mohd Azlan Wasimin, 42.

Paduman berkata, beliau merasa terpanggil untuk memberikan sokongan kepada PH selepas melihat keadaan negara yang semakin kritikal.

“Pada PRU15 ini, PH merupakan satu-satunya parti yang benar-benar membela nasib rakyat terutamanya dalam memperjuangkan hak-hak Sabah.

“Saya menyokong penuh calon PH Tuaran, Datuk Seri Panglima Madius Tangau serta Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Sementara itu Suhardi berkata, calon PH di Tuaran perlu disokong kerana sudah arif tentang hal ehwal kawasan itu berbanding calon lain yang masih baharu.

“Saya percaya jika calon-calon lain ini ditanya tentang keluasan Parlimen Tuaran, mereka tidak akan dapat menjawab secara spontan.

“Berbanding Madius, beliau tidak asing bagi kita dan sudah memahami isu-isu di sini.

“Beliau seorang yang hebat dan tahu keperluan orang-orang Tuaran. Saya menyeru kepada seluruh pengundi mengundi Madius selaku calon nombor satu pada PRU15,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles