Kiulu Rainforest Park bakal jadi tarikan pelancong

KIULU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim diiringi Pembantu Menteri KPLBS, Harun Durabi dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai, mengadakan lawatan ke Kiulu Rainforest Park (KRP) di Kampung Longkou, dekat sini hari ini.

Advertisements

KRP, sebuah kawasan pelancongan yang baharu dibangunkan di daerah Kiulu, bakal dibuka kepada orang awam (bergantung kepada arahan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkeluasan kira-kira 17 ekar, bakal menjadi sebuah tempat rekreasi santai dengan menyajikan keindahan flora dan fauna yang menarik.

Antara tarikan KRP termasuklah laluan pengembaraan (hiking) yang mencabar, Canopy Walk, pelbagai pondok untuk bersantai bersama keluarga, bilik untuk disewa, dewan mini untuk mengadakan acara, air sungai yang jernih serta banyak lagi.

Manakala bagi mereka yang meminati seni fotografi pula, kawasan ini juga mempunyai banyak tempat untuk mengabadikan gambar peribadi atau bersama keluarga, di samping peluang mengumpul koleksi foto yang menarik.

Beberapa hari lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti pelancongan boleh disambung semula di negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sabah kini beralih ke PKPB mulai 19 Februari lalu hingga 4 Mac ini.

Menurut Ismail, kawasan tarikan pelancong seperti taman alam semula jadi, muzium dan taman tema boleh menerima semula pengunjung dengan SOP yang ketat.

Turut hadir Setiausaha Tetap (SUT) KPLBS, Tn Hj Faimin Kamin, SUT Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Dr Jamili Nais, Pengurus Kanan STB, Julinus Jeffery Jimit, Penolong Pengurus STB, Dexter Randy dan Presiden MATTA Malaysia, Datuk Tan Kok Liang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles