Riduan optimis kerjasama PKDM untuk menangi pengundi Tenom

 

TENOM: Calon Bebas Parlimen Tenom, Riduan Rubin optimis kerjasama di antara Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (PKDM) untuk sesi kempen kali ini bakal membuahkan hasil yang positif.

Advertisements

Beliau mendedahkan, kemuafakatan jenteranya selaku calon Bebas dan PKDM turut akan menarik minat anak-anak muda Tenom untuk menentukan undi pada 19 November hadapan.

“Dengan adanya kerjasama ini, saya rasa kita di landasan yang tepat untuk meraih satu keputusan positif pada hari mengundi nanti.

“Kita dalam masa sama akan membina momentum untuk memenangi hati pengundi-pengundi Tenom dengan pencerahan hala tuju yang saya bawa pada kempen di Tenom ini,” katanya ketika ditemui selepas jelajah PDM Pamilaan, Tenom.

Jelas Riduan, antara manifesto yang dibawakan adalah memperkasakan ekonomi setempat, sukan dan rekreasi, kerohanian, pendidikan serta pembangunan infrastruktur dan prasarana parlimen Tenom.

“Sudah tiba masanya anak muda diangkat untuk membawa suara Tenom ke dewan negara.

“Sebagai calon Bebas dan dibantu oleh PKDM, saya berharap kita dapat melakukan sesuatu yang baik untuk rakyat Tenom dan seterusnya mengangkat suara rakyat Tenom, ” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles