Kefasihan pelbagai bahasa memudahkan wakil rakyat mendekati masyarakat

 

SANDAKAN : Fasih bertutur dalam pelbagai bahasa memberi kelebihan buat calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) P186 Sandakan Lau Chi Keong @ Thomas Lau sekiranya diberi peluang menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Advertisements

Dalam program Perhimpunan Malam Belia di Pasar Malam Kim Fung yang berlangsung malam Sabtu, beliau bertutur dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Kantonis sekaligus berjaya menarik perhatian pengunjung berbilang bangsa.

Ucapan beliau turut mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 200 pengunjung kerana kesungguhan beliau dalam menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat Sandakan.

“Saya sedar memegang tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah berat tetapi saya sudah bersedia dari pelbagai aspek.

“Dan kebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa memudahkan saya mendekati sekaligus memohon sokongan pengundi Sandakan yang terdiri daripada masyarakat majmuk,” katanya.

Walaupun menjangkau umur 73 tahun, Lau memberitahu beliau masih mempunyai tenaga untuk menjalankan aktiviti kempen di sekitar Parlimen Sandakan dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Lau berkata beliau masih sihat dan umur lanjut bukan penghalang untuknya menjadi seorang wakil rakyat, kerana apa yang lebih penting adalah kesungguhan dan komitmen.

Malah, beliau sedia menumpukan sepenuh masanya berkhidmat untuk rakyat Sandakan jika diberi mandat pada PRU15 ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles