SANDAKAN : Calon GRS bagi kerusi parlimen Sandakan PRU15, Lau Chi Keong @ Thomas Lau, sempat mengimbas kenangan beliau ketika meneruskan program ramah mesra di Kampung Melayu Bumiputera (Sim-Sim), Jambatan 1 hingga 6, disini, pada Isnin.
Lau, anak jati Sandakan, pernah tinggal di Jambatan 1 yang dikenali Kampung Pisang di kampung itu lebih 50 tahun lepas semasa beliau masih bersekolah.
Semasa program itu, beliau juga bertemu penduduk termasuk sahabat lama beliau, Kassim Abdullah yang pernah bekerja bersamanya lebih 30 tahun lepas dimana ketika itu Lau dikatakan bertugas sebagai pegawai operasi di Majlis Perbandaran Sandakan.
Seorang lagi penduduk di Jambatan 2 kampung yang sama, Rosni Abdullah, yang mengenali kakak Lau juga turut berbual seketika bersama Lau yang menyapa penduduk itu disini.
Lau juga berkesempatan bertemu beberapa nelayan di kampung berkenaan.