Calon BN Libaran tekad teruskan kesinambungan agenda pembangunan

SANDAKAN: Calon Barisan Nasional (BN) Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berazam menyambung agenda pembangunan pemimpin terdahulu demi rakyat Libaran.

Advertisements

“Sekiranya saya menang dan BN membentuk kerajaan, saya akan meneruskan rancangan pembangunan pemimpin terdahulu”, katanya.

Beliau berkata rancangan pembangunan yang baik perlu kita teruskan untuk rakyat.

“Rakyat masih memerlukan pembangunan”, katanya ketika bertemu dengan jawatankuasa bahagian Bersatu Libaran dan pemimpin cawangan Bersatu di Bandar IJm, tengahari tadi.

Hadir sama, ADUN Sungai Sibuga Datuk Haji Hamsan Mohd Supain, ADUN Sungai Manila Mokran Ingkat dan Ketua Bahagian Bersatu Libaran Datuk Zakaria Edris.

Suhaimi yang juga Ketua Bahagian Umno Libaran merayu kepada semua pemimpin Bersatu agar membantunya dalam PRU15.

“Sokongan padu dan saya berharap pengundi memberi kepercayaan kepada BN sehingga diberi kemenangan dalam PRU15 kali ini, saya berazam akan berusaha menyediakan pembangunan di Libaran,” katanya.

Suhaimi yakin kali ini pengundi sudah dapat menilai pemimpin parti yang mereka membuat kerja dengan ikhlas, pemimpin parti yang bersama rakyat waktu senang dan susah.

Beliau turut mengingatkan jentera BN dan parti Bersatu dibawah payung GRS agar bekerjasama dan erat perpaduan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles