Pemimpin GRS Penampang sedia berdepan cabaran PRU15

PENAMPANG: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Penampang sudah bersedia untuk berdepan dengan cabaran daripada semua calon pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Advertisements

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Bahagian Kepayan, Jafery Jomion berkata, walaupun calon masih belum diputuskan oleh pucuk pimpinan pusat GRS namun jentera telah dibentuk.

“Pengerusi Penyelaras Parlimen, Kenny Chua telah membentuk jentera Pilihan Raya Parlimen dan beliau mencadangkan Senator Datuk John Ambrose sebagai Ketua Bahagian dari Bersatu sebagai Pengarah Pilihanraya.

“Ketua Wanita Luvita kaisun dan Ketua Pemuda Mandela Malakun dari Bersatu dan termasuk dua Pengarah Operasi iaitu John Masabal, Ketua Bahagian PBS Moyog dan saya Ketua Bahagian STAR Kepayan yang bertanggungjawab mengatur semua jentera pilihan raya dari setiap Bahagian komponen GRS yang telah dibentuk oleh setiap parti untuk berfungsi sepenuhnya dan memastikan kemenangan berpihak kepada GRS,” katanya selepas menghadiri mesyuarat GRS di ITCC, pada Sabtu.

Katanya lagi, John Ambrose telah melantik Martin Lugu yang juga bekas pegawai polis sebagai Pengarah keselamatan.

“Beliau akan bertangungjawab memantau dan mengawal pengundi hantu atau pengundi yang meragukan berikutan penambahan pengundi yang hampir mencecah 30 peratus dalam daftar pengundi di Penampang sahaja yang membimbangkan semua peminpin GRS.

“Pada masa yang sama, Kenny Chua turut memaklumkan supaya jawatan atau pengarah jawatankuasa yang masih kosong akan dibentuk semasa mesyuarat GRS dan BN dalam masa terdekat yang dijangka diadakan pada minggu depan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles