Asmey Ruddy dilantik Ketua Pemuda GRS Parlimen Kudat

KUDAT: Encik Asmey Ruddy dilantik sebagai Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Parlimen 167 Kudat.

Advertisements

Pelantikan beliau diumumkan oleh Ahli Majlis Tertinggi GRS, Dato Sri Dr.Ruddy Awah pada Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tertinggi GRS Parlimen Kudat, baru-baru ini.

Ruddy yang juga Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri dan Ketua Penyelaras GRS Parlimen Kudat berkata, pelantikan Asmey mendapat sokongan daripada ketua-ketua pemuda dan wiramuda parti-parti komponen GRS bahagian itu.

“Saya berharap Pemuda GRS Bahagian Kudat dibawah pimpinan Asmey akan bergerak aktif, turun ke akar umbi menemui rakyat bagi memberi penerangan mengenai perjuangan dan gagasan Kerajaan Negeri GRS-BN”, katanya.

Sementara itu, Asmey mengucapkan terima kasih kepada Ketua-Ketua Pemuda parti komponen GRS diatas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk mengetui Pemuda GRS Parlimen Kudat.

“Saya akan melakukan yang terbaik kerana ini adalah amanah dan tanggungjwab yang perlu saya galas bersama pergerakan pemuda parti-parti komponen lain”, katanya.

Menurutnya, Pemuda GRS Kudat akan bekerja keras, menggerakkan jentera pilihan raya bagi memastikan kemenangan calon GRS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.

Beliau berkata, semboyan pilihan raya sudah berbunyi, maka Pemuda GRS perlu terus menggerakkan jenteranya bagi menambat hati para pengundi khususnya pengundi muda.

“Pertambahan besar pengundi muda merupakan cabaran utama kepada Pemuda GRS. Undi mereka begitu penting dan ia merupakan fokus utama yang akan dilakukan oleh Pemuda GRS Parlimen Kudat”, tegasnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles