Oleh: Jaafar Abd Wahid
SANDAKAN: Pemimpin serta ahli Umno diingatkan agar memanfaatkan sepenuhnya media sosial dalam mempertahankan parti serta kepimpinan dari berterusan menerima tohmahan dan fitnah pihak lawan.
Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata beliau kecewa kerana kurangnya penglibatan pemimpin serta ahli yang aktif di media sosial dalam membalas segala kritikan serta tohmahan pihak lawan dan meminta perkara itu diambil perhatian serius terutama dalam mendepani Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15)
Katanya Umno /BN perlu mengaplikasi perkembangan media sosial yang berperanan sebagai pembela parti dan rakyat bagi menangani pelbagai isu ketika ini.
“Pada waktu ini Umno/BN perlu memanfaatkan segala media sosial untuk menjawab segala tohmahan, persepsi yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak terutama pembangkang. Jika kita biarkan ianya akan membawa presepsi negetif kepada parti yang akhirnya merosakkan pemikiran rakyat untuk mempercayai segala tomahan dan fitnah yang ditaburkan terutamanya di media sosial ” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kinabatangan di dewan Masyarakat Sandakan kelmarin.
Menurut Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan semua pemimpin dan ahli Umno memiliki telefon pintar yang memudahkan tugas untuk membalas segala tohmahan dan fintah yang dilontarkan kepada parti dan pemimpin tapi malangnya menurut beliau kemudahan tersebut tidak digunakan sebaiknya , sebaliknya mereka hanya sekadar menjadi pembaca ,malah lebih malang ada pula yang menyokong kenyataan yang dibuat parti lawan.
“Hari ini maklumat, makluman dan segala data secara formal kurang memberi tarikan kepada masyarakat akan tetapi masyarakat lebih gemar melihat segala yang berbentuk hiburan,serangan-serangan berbentuk fitnah dan dakyah lebih mendapat perhatian kerana ianya berbentuk hiburan, sindiran dan senda gurauan” katanya
Tambah Bung walaupun Umno /BN kerap dijadikan sasaran dan tuduhan dari pihak pembangkang namun pendekatan yang perlu digunakan pakai untuk menjawab segala tohmahan dan fitnah perlu berasaskan kepada fakta .
“Kerana itu Umno /BN perlu menjawab fitnah atau berita palsu yang berleluasa bagi membetulkan keadaan dan jangan membiarkan ia menjadi persepsi yang buruk.
“Media sosial turut berperanan penting dalam menjana persepsi imej sesuatu parti. Ia lebih menjurus menjana persepsi yang tidak baik sekiranya persepsi buruk dari pembangkang dikongsi banyak kali oleh netizen,” jelas beliau.
Justeru tambah Bung Umno/BN terutamanya Biro Penerangan, Pergerakan Pemuda,Puteri perlu menawarkan satu solusi yang berbeza walaupun ianya berfakta bukan sahaja menjawab segala fintah dan tohmahan tapi dalam menyampaikan maklumat dasar serta perjuangan parti kepada masyarakat dalam bentuk yang lebih kreatif dan menarik samaada di media sosial Instagram dan Tiktok agar orang ramai membacanya.
Sehubungan itu,beliau meminta rakyat khususnya ahli-ahli parti jangan mudah mempercayai berita yang ditularkan dimedia sosial serta menularkanya sebelum meneliti kesahihannya.