Sabah sedia bantu rakyat usahakan penanaman herba sacha inchi

TAMPARULI: Kerajaan Sabah bersedia membantu individu atau usahawan luar bandar di negeri ini yang berminat mengusahakan tanaman herba ‘sacha inchi’ yang didapati mempunyai potensi besar untuk pasaran dalam dan luar negara.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata tumbuhan turut dipanggil kacang gunung itu sudah mula diusahakan di beberapa tempat di daerah Tuaran.

Beliau berkata kos untuk mengusahakan tanaman itu tidak terlalu tinggi dan pulangannya juga baik.

Jahid berkata penanaman herba itu selaras dengan wawasan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus penanaman sacha inchi di Dewan Pejabat Daerah Tamparuli, dekat sini hari ini.

Menurut Jahid, sambutan terhadap program itu amat menggalakkan dan berharap lebih ramai penduduk luar bandar menceburi penanaman herba tersebut.

Katanya kementerian itu juga bercadang memperluaskan penganjuran kursus seumpama itu, sekali gus merancakkan lagi aktiviti penanaman sacha inchi di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles