Bekas PPD Penampang Mojuntin Ebin meninggal dunia

Gambar Kenangan

Advertisements

KOTA KINABALU: Bekas Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Mojuntin Ebin meninggal dunia malam tadi pada usia 59 tahun.

Menurut Isterinya Murni Kuai, mendiang Mojuntin menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 10.57 malam di Queen Elizabeth Hospital 1, dekat sini.

“So sorry my dearest beloved husband…
Eternal rest grant unto him Joseph Mojuntin Ebin , let perpetual light shine upon him. May his soul rest in eternal peace. Now no more pain. You are with our Lord Jesus and Holy Mother Mary,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (PEKADIN) Newmond Tibin menyifatkan mendiang sebagai rakan seperjuangan dalam persatuan yang berdedikasi dan sentiasa berkongsi idea dan buah fikiran mengenai hal-hal pendidikan.

“Kami di Pekadin kehilangan seorang rakan yang baik dan berasa amat sedih apabila menerima berita pemergian mendiang pagi ini.

“Saya sendiri mengenali Mojuntin iaitu rakan sekelas sewaktu menuntut di SMK Badin Tuaran dulu…mendiang seorang yang peramah dan suka berjenaka,” katanya.

Newmond berkata mendiang juga seorang pendidik yang berdedikasi menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang perkhidmatannya dengan Jabatan Pendidikan Sabah, sehingga mendiang dinaikkan pangkat sebagai PPD Penampang sebelum bersara pilihan.

Bagi pihak AJK Pekadin, Newmond merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan kehilangan orang yang tersayang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles