Suhaimi hulur bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Tinusa 1

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Haji Suhaimi Haji Nasir turun padang melawat dan menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Tinusa 1, dekat sini, kelmarin.

Advertisements

Beliau yang baharu tiba dari Kota Kinabalu selepas menunaikan ibadat haji telah bergegas ke lokasi untuk melihat dan meninjau mangsa kebakaran terbabit.

Suhaimi telah bertemu dengan pemilik rumah terbakar, Juka Haji Ramli serta keluarga bagi bertanya keadaan mereka.

Kejadian pada 25 Julai lepas, Juka memberitahu api merebak terlalu pantas dan mereka sekeluarga tidak dapat menyelamatkan harta benda termasuk kenderaan dan dokumen-dokumen penting.

Juka mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Suhaimi yang datang melawatnya serta keluarga sekaligus menghulurkan sumbangan.

Laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, kebakaran berlaku lebih kurang jam 2.17 petang yang telah memusnahkan sebuah rumah, dua kenderaan dan sebuah motorsikal.

Dalam masa yang sama, Suhaimi yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran turut berkesempatan melawat seorang rakan seperjuangannya, cikgu Mustaffah Md Hassan yang terlantar sakit dan berada di wad Hospital Duchess Of Kent.

“Saya turut mendoakan agar cikgu Mustaffah diberi kesembuhan dari penyakit yang dihadapinya dan kesihatan baik,” katanya.

Turut bersama Setiausaha UMNO Bahagian Libaran Asli Haji Amat dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Libaran Shariff Ismar Hafiz Sh. Abdul Rahman serta ahli-ahli jawatankuasa UMNO Bahagian.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles