Projek Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar Perak bakal beri manfaat 100 usahawan

KUALA KANGSAR: Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad telah melawat tapak Projek Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Kangsar
yang bakal memberikan manfaat kepada lebih 100 orang usahawan apabila siap
sepenuhnya pada April 2023.

Advertisements

Transformasi pasar awam sebagai Pusat Sehenti(One Stop Centre) dengan pengurusan yang lebih
sistematik ini akan menyediakan 116 lot baharu terdiri daripada lapan lot runcit, lapan lot medan selera dan 100 lot terbuka yang dijangka akan meningkatkan pendapatan dan nilai
jualan peserta sebanyak 30 peratus.

Pembangunan PTK Kuala Kangsar adalah secara kerjasama strategik Kerajaan
Persekutuan yang memperuntukkan RM3 juta manakala Kerajaan Negeri turut
memperuntukkan RM1 juta.

Untuk rekod, bilangan PTK di seluruh negara setakat ini adalah 40 dengan jumlah
peruntukan keseluruhan sebanyak RM147.57 juta.

Selain PTK Kuala Kangsar, terdapat empat lagi lokasi PTK yang masih di dalam
pembinaan iaitu di Kg. Gajah, Perak, FELDA Palong, Negeri Sembilan, Kuala Krai,
Kelantan dan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Dalam lawatan yang sama, Ronald dan
Saarani turut
melawat Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA di Manong, Kuala Kangsar yang telah
dinaiktaraf atas tanah berkeluasan empat ekar sebagai model perniagaan dan pusat rujukan
pemasaran hasil pertanian berteknologi.

Melalui pembangunan pusat ini secara langsung dapat memberi peluang dan
pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini yang tersedia di dalam
sektor pertanian sekaligus mengoptimumkan penggunaan tanah-tanah terbiar milik
Kerajaan.

Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknologi yang juga sebahagian daripada Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA dimajukan di tanah rizab Jabatan
Kerja Raya (JKR) yang berkeluasan 2.5 ekar dengan mengaplikasikan konsep Internet of Things (IoT) iaitu menggunakan kaedah sistem fertigasi, hidroponik dan akuaponik
dalam satu kawasan.

Untuk rekod, kaedah ini memberikan pulangan sehingga RM90 ribu pada satu tempoh
dengan pengeluaran dua komoditi iaitu sayuran berdaun organik sebanyak 3.3 tan
metrik tan dan ikan tilapia sebanyak 4,000 ekor.

Projek ini adalah manifestasi Kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah
rerbiar dan tidak dibangunkan milik Kerajaan Persekutuan dan tanah Rizab Melayu
disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan.

Pusat Pemasaran Agromakanan FAMA Manong ini juga mempunyai pelbagai fasiliti di
bawah satu bumbung iaitu pusat latihan, pusat jualan dan pemborongan, tapak pertanian,
kafeteria dan medan penjaja, Medan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) dan pertanian
pintar projek pertanian fertigasi.

Seramai 23 usahawan yang
sebelum ini berniaga di tepi jalan dan rumah persendirian juga telah dikumpulkan di sini
dan dapat manfaat peningkatan pendapatan sebanyak 20 peratus.

Kerjasama strategik merentas Kementerian, Kerajaan Negeri dan pihak swasta seperti
ini terbukti dapat mencapai matlamat pembangunan pemasaran agromakanan bagi
memodenkan sektor agromakanan negara sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara
2.0 (2021-2030) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan (2021-2025).

Ini juga selaras dengan saranan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yangbdiipengerusikan
oleh Perdana Menteri supaya kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri diteruskan dalam usaha meningkatkan keluasan tanah bagi kegunaan
pertanian untuk mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan.

MAFI akan meneruskan kerjasama rapat antara semua pihak termasuk Kerajaan
Negeri, Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan
(GLIC) serta sektor swasta dalam usaha memperkukuhkan lagi agenda sekuriti
makanan negara demi pertumbuhan sektor agromakanan dan kesejahteraan Keluarga
Malaysia secara keseluruhannya.

Turut hadir dalam lawatan hari ini adalahTimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Mastura Tan Sri Datuk Mohd Yazid,, Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri
Makanan Negeri Perak
Razman Zakaria, Ketua Pengarah
FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli, Ketua Setiausaha Kementerian
Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI) Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan
dan
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak YB Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles