Oleh : Jaafar Abdul Wahid
KOTA KINABALU: Penyandang Ketua Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan mesyuarat Agung (USIA) Ke-35 yang akan diadakan di Menara Usia 1 Borneo pada 24-26 Jun ini.
Beliau bakal dicabar dalam perlawanan satu lawan satu oleh Setiausaha USIA yang juga Ketua Belia Bahagian Kota Marudu Salleh Jatil.
Jamawi yang menjawat jawatan Ketua Belia USIA sejak tahun 2015 telah memegang jawatan tersebut selama dua penggal dan pada pemilihan barisan tertinggi Belia USIA pada tahun 2018 beliau tidak di cabar untuk jawatan tersebut.
“Saya menghormati pencalonan dari rakan-rakan Ketua Belia Usia bahagian yang mahukan saya mempertahankan jawatan Ketua Belia Usia pada pemilihan kali ini dan insyallah kita pikul tanggungjawab yang diberikan sekiranya diberikan mandat oleh perwakilan pada pemilihan kali ini,” katanya ketika ditemui di sini.
Ketika diminta mengulas kegiatan-kegiatan dakwah dan kebajikan yang dilaksanakan Belia Usia sepanjang tahun lepas, Jamawi mengakui agak berkurangan kerana terkesan dengan penularan Pandemik COVID-19 yang melanda negara lebih dua tahun menyebabkan kegiatan dalam skala besar tidak dapat dilakukan dalam tempoh tersebut.
“Penularan Pandemik COVID-19 menjadi kekangan untuk kita bergerak melaksanakan program-porgram yang sudah kita rancang sebelum ini, bagaimanapun kita masih melaksanakan kegiatan kegiatan yang diselaraskan melalui Ketua-Ketua Belia Usia bahagian terutama kegiatan kebajikan bagi membantu golongan yang terkesan dengan penuluran Virus COVID-19 jelas Jamawi.
Menurut Jamawi selepas negara beralih ke era endemik , beliau berharap lebih banyak program dapat dilaksanakan di seluruh bahagian khususnya mendekati golongan muda melalui program dakwah .
Menurut beliau Belia USIA perlukan meneruskan program dakwah melalui pendekatan yang dipelbagaikan agar kekal relevan menepati keperluan kelompok sasaran .
“Dalam konteks kreativiti dakwah, pelbagai aspek perlu dipertimbangkan termasuk memanfaatkan media sebagai platform penyebaran dakwah yang berkesan,” katanya
Jamawi berkata dakwah di era baharu perlu digerak melalui pelbagai bentuk program media massa seperti radio, televisyen, media cetak, media baharu seperti Facebook, aplikasi WhatsApp, Instagram, YouTube dan lain-lain.
“Perkara ini seiring perkembangan Revolusi Industri 4.0 yang memanfaatkan pelbagai aplikasi digital sebagai medium interaksi masyarakat dan ianya telah pun mulakan digerakkan oleh Belia Usia Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Sufan Bahrin dan akan kita perluaskan ke lain lain bahagian” katanya.
Tambah Jamawi Pandemik COVID-19 memberikan kesan terhadap gerakan dakwah secara fizikal dan sesuatu perlu dipelajari dari musibah ini ,usaha pembaharuan dakwah dalam suasana norma baharu perlu diterokai.
Jamawi berkata, pembaharuan dakwah perlu diteruskan dan perlu bergerak ke hadapan serta berorientasikan kemajuan atau keadaan yang lebih baik dalam segala aspek. Pembaharuan pada hakikatnya mempunyai makna ‘al-islah ila ma huwa al aslah’ yang bermaksud pembaikan secara berterusan menuju ke arah yang lebih baik.