RUU Anti Lompat Parti elak politik hijrah, semai budaya politik sihat di Malaysia – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berpendapat pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti
akan mengurangkan amalan politik hijrah, sekaligus menanam budaya politik sihat di negara ini.

Advertisements

Sambil menyatakan sokongan terhadap pembentangan RUU itu, beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) berkata sudah tiba masanya undang-undang seumpama itu diperkenalkan memandangkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi yang berasaskan sistem politik berparti.

“Jadi mana-mana ahli Parlimen (atau wakil rakyat) yang bertanding atas tiket parti masing-masing adalah wajar untuk terus kekal menjadi ahli parti tersebut kerana kita memilih wakil rakyat itu berdasarkan sistem berparti.

“Saya percaya dengan pengenalan Anti-Lompat ini, mereka akan melihat budaya yang sihat,” katanya.

Salleh yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Usukan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat anjuran Kumpulan Qhazanah Sabah di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah di sini pada Sabtu.

Baru-baru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik sebagai berkata bahawa Kabinet akan menangguhkan pembentangan RUU berkenaan seperti dijadualkan pada sidang khas Dewan Rakyat 11 April ini.

Wan Junaidi bagaimanapun dilaporkan berkata, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan pembentangan RUU Antilompat Parti itu nanti.

Mengenai kerjasama GRS-BN, Salleh berkata beliau mengalu-alukan penubuhan gabungan itu kerana “kita harus menerima hakikat bahawa semasa bertanding pilihan raya negeri yang lepas, kita bertanding atas sebuah gabungan yang besar iaitu BN, PBS dan Perikatan Nasional (PN)”.

“Jadi yang itu kita perlu absahkan gabungan tersebut namun Umno tidak menjadi sebahagian daripadanya tetapi menyolong penubuhan GRS. Apa yang penting bagi kita ialah menentukan kerajaan negeri stabil agar kita dapat menunaikan apa juga yang kita janjikan kepada rakyat,” katanya.

Salleh berkata tidak ada kesan daripada segi kerjasana susulan penamaan kerajaan Sabah sebagai kerajaan GRS-BN.

“Pada saya amalan berpolitik ini bersandarkan kepada tiga perkara pokok iaitu politik untuk membangun termasuk menyediakan peluang pekerjaan, kedua memperjuangkan hak-hak negeri dan rakyat, dan yang ketiga politik akomodasi,” katanya.

Mengenai perbezaan politik, beliau berkata ia bukan menjadi penghalang untuk saling menghormati antara satu sama lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles