Kerjasama bagi terus modenkan sektor pertanian Sabah antara dibincang pada kunjungan hormat Menteri MAFI terhadap KM Sabah

KOTA KINABALU: Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini melakukan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu.

Advertisements

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Menteri MAFI Il Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Pengerusi Lembaha Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Datuk Dr.Shahruddin Jamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI Datuk Badrul Hisham Mohd, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani, Ketua Pengarah LPNM Mohd Khairuzamri M.Salleh dan Ketua Pegawai Perbankan Komersial Agrobank Azman Md Isa.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong turut bersama dalam kunjungan hormat ini.

Perbincangan antara lain telah menjurus kepada pelbagai bentuk kerjasama bagi terus memodenkan sektor pertanian Negeri Sabah dan pendekatan-pendekatan yang dapat terus menyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran pertanian negeri dan seterusnya memperkukuh sekuriti makanan negara secara keseluruhannya.

Perjumpaan itu juga turut membincangkan mengenai kerjasama yang akan dimeterai melalui memorandum-memorandum yang akan ditandatangani pada hari ini.

Ini turut menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah untuk menjadikan sektor agromakanan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ini termasuk usaha mengembangkan industri nanas di negeri Sabah melalui kerjasama strategik antara MAFI, Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) dan LPNM yang seiring dengan hasrat bersama untuk meningkatkan sektor pertanian dan bagi membantu petani-petani di Negeri Sabah.

Kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta dalam sektor agromakanan dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian dan selari dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 2021 – 2025.

Kerjasama erat antara MAFI dan MAFS Sabah adalah penting dalam melaksanakan inisiatif-insiatif yang dirancang dengan baik bagi memastikan pembangunan sektor pertanian dan industri makanan yang mampan dan berdaya saing.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkongsi aspirasi bersama dan komited untuk terus bekerjasama untuk memodenkan sektor agromakanan, meningkatkan produktiviti bagi mengurangkan kebergantungan kepada import, serta mengurus sektor agromakanan dengan lebih efisien dalam usaha menjamin sekuriti makanan negara.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles