oleh Dr Lee Kuok Tiung
Beberapa hari ini tular gambar edit reunion dinner (makan malam perjumpaan) sambutan Tahun Baharu Cina di kedai salon dan ziarah-menziarahi di pasar malam.
Kira tindak balas spontaneous pengiat-pengiat politik memomokkan peraturan-peraturan baharu yang diumumkan oleh kerajaan selaras dengan perkembangan semasa keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia.
Barangkali ada yang share (kongsikan) gambar tersebut ada yang semata-mata berdasarkan ianya lucu tanpa memikirkan kemungkinan secara tidak langsung memperlekehkan keperluan dan kebajikan pengusaha-pengusaha salon serta peniaga-peniaga bersaiz kecil dan sederhana yang sebilangan mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Apakah natijahnya jikalau tekanan daripada media sosial ini memaksa kerajaan mengubah keputusan untuk tutup perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.
Memasuki detik-detik akhir sambutan perayaan CNY (Tahun Baharu Cina) ini rata-rata sudah selesai membuat kesiapsiagaan untuk meraihkannya.
Ini sebenarnya juga merupakan suatu kesempatan merapatkan lagi silaturahim dengan ahli keluarga mahupun sahabat handai yang tinggal serumah.
Selama ini anak-anak yang berada di perantauan menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pun tidak ramai yang ‘balik kampung’ semata-mata untuk menyambut perayaan tahun baharu meskipun kebiasaannya mereka akan memilih waktu tersebut apatah lagi melainkan jikalau kebetulan ia jatuh dalam tempoh waktu cuti semester.
Dalam zaman teknologi ini pelbagai pendekatan baharu yang boleh digunapakai untuk bersua muka menggunakan smartphone (telefon pintar) dan laptop (komputer riba) secara virtual (maya).
Makanan dan minuman pun boleh dipesan (order) dan hantar menggunakan GrabFood. Barangan runcit (groceries) dari pasaraya pun boleh beli secara dalam talian dan dihantar terus ke depan pintu rumah.
Malahan ramai yang telah membuat keputusan sedemikian mengambilkira usia yang berbeza mempunyai daya imunisasi yang berlainan apatah lagi jikalau ada ahli keluarga mempunyai warga emas yang tergolong dalam kumpulan yang vulnerable (rentan) berisiko tinggi terkena komplikasi jangkitan Covid-19.
Apatah lagi kebarangkalian tertinggi terdedah kepada virus Covid-19 adalah sewaktu dalam perjalanan. Apa yang mengerunkan ialah virus ini tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar.
Tiada sesiapa yang mungkin boleh tahu tandas awam yang dia pergi atau tombol pintu yang dia terpaksa sentuh untuk buka sebelumnya digunakan oleh individu yang telah dijangkiti Covid-19.
Senario yang paling teruk (worst scenario) adalah covid-19 boleh merebak sebelum bergejala menyebabkan rata-rata yang tidak sedarpun dirinya telah dijangkiti Covid-19 dan menyebarkannya secara tidak sengaja kepada isi rumah, rakan tempat kerja mahupun tempat awam yang dikunjungi.
Ini belum mengambilkira superspreader yang asymptomatic (tidak simptomatik).
Penularannya boleh secara sporadic dan berdasarkan rekod jangkitan yang sedia ada menunjukkan tiada formula matematik jangkitannya. Bukan 1:1 atau 1:10 tapi amat mengerunkan boleh jadi 1:37 malahan lebih.
Jadi, kita sebenarnya yang sudah menyambut ulang tahun setahun hidup dengan norma-norma baharu kerja dari rumah (WFH – work from home), Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), merangkumi hampir setiap aspek kehidupan mengapa tidak boleh menerima sambutan CNY 2021 ini dengan norma baharu.
Tidak mustahil selepas CNY 2021 ini Hari Raya Aidilfitri 2021 pula yang dipolitikkan sebab puasa Ramadhan 2021/ 1442H pun akan bermula tidak lama lagi.
Life is beautiful (mohon izin pinjam tajuk filem Itali 1997 ini) bergantung sepenuhnya kepada cara mana seseorang menerimanya.
Terimanya sebagai yang Limited Edition atau Special Edition bertuah dapat merasai pengalaman ini.
Fikirkan “short pain, long gain.”
Selamat Tahun Baharu Cina 2021.
Prof Madya Dr Lee Kuok TiungKetua Program Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan,
Universiti Malaysia Sabah