STAR Kapayan jalin kerjasama bantu rakyat cari pekerjaan

PENAMPANG: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Kapayan bercadang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi pekerjaan yang berdaftar di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi membantu rakyat di negeri mendapatkan pekerjaan.

Advertisements

Ketua Bahagiannya, Jafery Jomion berkata, usaha itu sebenarnya untuk membantu rakyat tempatan terutama di kawasan Kapayan yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ketika ini.

“Saya menyokong usaha yang dijalankan agensi pekerjaan terutama mereka yang berdaftar dengan JTK mengadakan ‘roadshow’ mencari pekerja di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman.

“Saya lihat apa yang mereka lakukan boleh dibuat di tempat saya (Kapayan) dan roadshow mereka tidak akan berakhir di Penampang sebaliknya akan diteruskan di Pejabat STAR Kapayan sebagai usaha untuk mengambil tenaga kerja dari sini,” katanya ketika ditemui media di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa (ITCC), di sini, semalam.


Beliau berkata demikian ketika meninjau booth Agensi Pekerjaan E-bayu Sdn Bhd dan syarikat Kilat-Kilat yang menyediakan peluang pekerjaan secara temuduga terbuka di pusat beli belah itu yang bermula sejak Jumaat hingga hari ini.

Katanya lagi, menerusi kaedah ini akan memudahkan pencari pekerjaan dan majikan membuat persetujuan mengenai pekerjaan yang disediakan.

“Kita tahu ada yang bimbang akan ditipu ketika mencari pekerjaan namun saya difahamkan sebenarnya agensi-agensi ini berdaftar dengan JTK dan bukan mudah untuk mereka memperdayakan orang lain.

“Jadi nasihat saya kepada masyarakat, kenal pasti dulu agensi pekerjaan dan pastikan agensi itu berdaftar dengan JTK jadi tiada masalah untuk mendapatkan pekerjaan melalui mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Kilat-Kilat, Darren Chuah berkata, objektif mereka adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

“Kami menyasarkan seramai 100 orang pencari pekerjaan untuk menyertai kami dan kami juga cuba dapatkan rakyat di kawasan pedalaman bagi memberi peluang kepada mereka mendapatkan pekerjaan.

“Selain menyediakan peluang pekerjaan, kami juga akan meningkatkan kemahiran supaya lebih produktif dan berkemahiran sebagai persediaan untuk mereka bekerja dimana-mana,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles