SEGAMAT: Program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) pada kali ini telah dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Pertanian Malaysia di daerah Segamat, Johor. Program ini bertujuan untuk mendapatkan input, idea, pandangan dan cadangan daripada pemain subsektor tanaman melalui sesi libat urus secara langsung bersama pihak pengurusan tertinggi MAFI diketuai oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.
Turut sama pada program hari ini sebagai panel dialog adalah YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI dan YBhg. Dato’ Zahimi bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia.
Dalam program ini juga, YB Menteri MAFI telah menyampaikan Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) bag subsektor tanaman kepada 18 orang usahawan tani Daerah Segamat dan lesen peralatan menangkap ikan kepada 10 orang nelayan darat. Turut disampaikan sumbangan MAFI Prihatin berupa bakul makanan dan sumbangan daripada pihak industri bernilai RM52,500 kepada 150 orang mangsa yang terjejas akibat banjir di Daerah Segamat.
Jelajah DIA2022 merupakan program secara bersasar yang telah dirancang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan tema ‘Pemodenan dan Produktiviti Menjamin Sekuriti Makanan’.
Program Jelajah Dialog Industri Agromakanan 2022 Daerah Segamat Johor
Advertisements