Suspek Bunuh Lelaki di Jalan Kionsom Inanam berjaya diberkas

Sumber – Deasoka

Advertisements

KOTA KINABALU: Suspek pembunuhan seorang lelaki di Jalan Kionsom Lama, Inanam berjaya ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

Katanya suspek berusia 43 tahun itu diberkas di rumah sewanya di Kampung Bambangan, Inanam dekat sini kira-kira jam 11.20 pagi.

Mohd Zaidi berkata suspek yang dipercayai berkerja sebagai tukang cat kenderaan turut ditahan bersama telefon pintar milik mangsa.

Menurutnya dengan penahanan lelaki berkenaan, polis percaya kes bunuh seorang lelaki yang berumur 25 tahun di kawasan semak di Jalan Kionsom, Inanam, di sini malam tadi, berjaya diselesaikan.

Beliau berkata suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles