MUTIARA GRS sumbang 10 kerusi roda kepada yang memerlukan di Lumadan

BEAUFORT: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) telah mengadakan Program Ziarah Kasih ke Kampung Melati dan Kg. Lingkungan Laut, di sini, pada Isnin.

Advertisements

Program tersebut ini diketuai oleh isteri Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lumadan, Hajah Nursiah Santri dan turut disertai Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS).

Nursiah ketika ditemui media berkata, sebanyak 10 kerusi roda telah disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

Beliau turut menyampaikan kerusi roda kepada seorang warga emas yang berusia 99 tahun, Kasnah Abdul iaitu penduduk Kg. Lingkungan Laut.

Menurut Nursiah, pihaknya menyambut baik program kebajikan ini yang sejajar dengan saranan dan galakan yang diberikan oleh Ketua Menteri yang juga Penasihat MUTIARA GRS, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang mahu semua isteri wakil rakyat turut membantu dalam aktiviti kebajikan.

“Golongan warga emas dan OKU terus mendapat perhatian daripada Kerajaan, terima kasih diucapkan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri,” kata Nursiah.

Turut serta semasa lawatan itu ialah Naib Ketua II, Badariah Sail; Bendahari, Affidah Osman; Pegawai Perhubungan Khas ADUN Lumadan, Bibiyani Hj Abd Adis dan ahli pergerakan Wanita, Dayang Rita Manglan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles