KOTA KINABALU: Persatuan Media Tiktoker Sabah menyambut baik keputusan yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.
Presiden persatuan itu, Tuan Aziz Hj. Bilin berharap keputusan itu dapat menyuntik semangat kepada netizen, khususnya rakan-rakan alam maya di Sabah, Sarawak dan Semenanjung yang sudah lana menanti berita gembira itu.
Awal hari ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najjb dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Bagaimanapun, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta.
“Persatuan Media Tiktoker Sabah dan ahli menzahirkan setulus-tulus penghargaan atas limpah ihsan Seri Paduka Baginda dan persatuan menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aziz yang juga komposer lagu bertajuk ” #apaJadijadilah” dikongsikan didalam YouTube berkata keputusan institusi tertinggi negara itu diharap dapat diterima oleh seluruh rakyat dengan mengekalkan keharmonian undang-undanng.
Katanya lagu itu dicipta khas untuk memberi sokongan dan semangat pejuang pembebasan Najib dan bakal dilancarkan di Kota Belud esok sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut Aziz perkembangan terbaharu itu amat bermakna buat keluarga Najib serta ahli Persatuan Media Tiktoker Sabah yang selama ini tidak putus menaruh harapan dan menitipkan doa agar pembebasan Datuk Seri Najib dilaksanakan.
