KRT MANTAP Kiulu sampaikan sumbangan kepada keluarga Sindim kehilangan suami tersayang di Kg Namadan

KIULU: Sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga yang berdepan dengan saat-saat sukar, Ahli Jawatankuas Kawasan Rukun Tetangga (KRT) MANTAP Kiulu telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Puan Sindim, isteri kepada mendiang Galantas Sandalun di Kg Namadan, dekat sini.

​Sumbangan menerusi Biro Kebajikan tersebut telah disampaikan bagi pihak KRT MANTAP Kiulu oleh Pengerusi KRT MANTAP Gundohing Taipin Gilos bersama timbalan Pengerusi Gundohing Joluin Joiruh pada 11 Ogos lepas.

Inisiatif tersebut mencerminkan komitmen berterusan KRT MANTAP Kiulu dalam menyantuni dan meringankan beban kewangan keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Ini juga selaras dengan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat di kawasan Kiulu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles