KOTA KINABALU: Semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara terus disemarakkan apabila Pengerusi Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA), Datuk Mohammad Mohamarin, menyerahkan Jalur Gemilang kepada Ahli Lembaga Pengarah SAFMA sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026.
Penyerahan Jalur Gemilang itu menjadi simbolik kepada komitmen SAFMA dalam menyemarakkan semangat cintakan negara, selain menggalakkan seluruh warga organisasi menghayati erti kemerdekaan dan menghargai pengorbanan generasi terdahulu dalam membina Malaysia.
Datuk Mohammad berkata, Jalur Gemilang bukan sekadar lambang negara, sebaliknya membawa makna besar berkaitan kedaulatan, perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan rakyat Malaysia.
“Kita mahu semangat mengibarkan Jalur Gemilang ini bukan hanya sekadar satu acara atau simbolik, tetapi diterjemahkan melalui rasa tanggungjawab, integriti dan komitmen kita dalam melaksanakan amanah kepada organisasi, masyarakat dan negara.
“Sebagai warga SAFMA, kita juga mempunyai peranan dalam menyumbang kepada pembangunan Sabah, khususnya dalam memastikan sektor perikanan dan bekalan makanan terus diperkasakan demi kepentingan rakyat,” katanya.
Hadir sama Pengurus Besar Safma Burhan Japar, Timbalan Pengurus Nesar, Azis Ali Amat serta ahli-ahli lembaga pengarah Safma.
Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan perlu menjadi ruang untuk semua rakyat memperkukuhkan semangat perpaduan serta mengetepikan perbezaan demi kepentingan negara.
Katanya, dalam suasana Malaysia MADANI, nilai kebersamaan, saling menghormati dan tanggungjawab terhadap negara perlu terus dipupuk dalam setiap lapisan masyarakat.
“Kita mahu Jalur Gemilang berkibar bukan sahaja di bangunan kerajaan atau premis korporat, tetapi di hati setiap rakyat Malaysia. Inilah semangat yang perlu kita wariskan kepada generasi akan datang,” katanya.
Mohammad turut menyeru seluruh warga SAFMA supaya bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis dan lokasi masing-masing.
Beliau berkata, semangat patriotisme perlu diterjemahkan melalui tindakan dan sumbangan nyata kepada negara, termasuk melaksanakan tugas dengan penuh amanah, meningkatkan produktiviti serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
“Kita mungkin berbeza latar belakang, tetapi kita berkongsi satu identiti sebagai rakyat Malaysia. Jalur Gemilang menyatukan kita di bawah satu negara, satu semangat dan satu harapan untuk masa depan yang lebih baik,” katanya.
Penyerahan Jalur Gemilang tersebut turut menjadi tanda komitmen SAFMA untuk terus mendukung usaha kerajaan dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta memperkukuhkan semangat
