Victor P Paut berazam jelajah semua kanpung di Tambunan untuk dengar masalah rakyat

Oleh Sam

KOTA KINABALU: Belum tentu semua orang sanggup memikul tanggungjawab atau amanah yang begitu besar demi bakti bagi memberikan keselesaan, kemajuan dan kesejahteraan bagi rakyat Tambunan.

Namun sebagai Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), amanah dan tanggungjawab itu hadir bersama perlantikannya sebagai seorang ketua parti kerajaan di Tambunan.

Bagi Dato’ Victor P. Paut, lantikan itu bukan hanya sekadar satu jawatan, tetapi ia adalah amanah untuk membina masa depan, membawa kemajuan dan membina kesejahteraan rakyat Tambunan ke arah yang lebih baik.

Apa yang sering ditekankan ialah beliau ingin melihat daerah ini yang lebih kukuh serta maju untuk generasi akan datang khususnya golongan belia dan beliawanis yang menjadi aset penting negara.

Sebab itu banyak pembaharuan, aktiviti dan program yang telah dan akan dilakukan oleh Victor, yang tentunya memberi tumpuan kepada pembinaan sistem pembangunan, menstabilitikan permasalahan rakyat dan mengutamakan sektor pendidikan, bukan sekadar mengejar populariti jangka pendek seperti sangkaan pihak lawan.

Ramai melihat jadual kerjanya yang padat hampir setiap minggu, dari mesyuarat bersama Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd hinggalah kelihatan sering menghadiri program rakyat yang tentunya bertujuan sebagai usaha mengurus pelbagai isu setempat, membantu permasalahan warga dan memberikan kemudahan awam, yang semuanya dilakukan tanpa mengira siang atau malam.

Hakikatnya, membangunkan sebuah Tambunan baharu bukan kerja yang boleh siap dalam sekelip mata kerana ianya memerlukan kesabaran, keberanian membuat keputusan dan kesanggupan berdepan pelbagai kritikan dan tohmahan demi memastikan perubahan yang di rancang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau juga berkali-kali menegaskan bahawa beliau tidak mengejar kemewahan, sanjungan atau pujian atas semua yang telah diusahakannya kerana baginya, kejayaan sebenar ialah apabila rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik hasil aktiviti dan program kemasyakatan yang dilaksanakan sebelum dan selepas ini nanti.

Sebab itu Siri Jelajah DVPP 2026-2030 ke semua kampung-kampung di Tambunan akan terus dilaksanakan walaupun ada keputusan yang tidak popular pada peringkat awalnya serta berdepan pula dengan usaha pihak lain yang tidak senang dengan gerakannya.

Apa yang jelas, matlamatnya adalah untuk membina kemajuan dan kemakmuran sebuah Tambunan baharu yang lebih telus, mengurangkan jurang rakyat dengan pemimpin dan memastikan setiap kampung di daerah ini mendapat pembelaan serta mendapat kemudahan yang dimanfaatkan secara lebih adil dan saksama.

Dalam masa yang sama, penekanan isu kronisme sangat penting untuk dilupuskan supaya usaha menjadikan Tambunan baharu itu terlihat berdaya saing, mengukuhkan ekonomi setempat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan akan terus menjadi antara keutamaan Kerajaan GRS membangunkan daerah ini.

Semua ini dilakukan dengan harapan agar idea pewujudan Tambunan baharu akan mampu terlaksana seberapa cepat yang boleh selagi rakyat terus berdamping dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang ada hari ini.

Sudah tentu setiap dasar atau matlamat itu perlu ruang untuk diperbaiki dari semasa ke semasa dan pandangan berbeza juga akan sentiasa wujud dari kalangan warga.

Ianya cabaran semasa di zaman ini namun apa yang penting ialah setiap usaha perlu dinilai berdasarkan hasilnya dan kesannya kepada rakyat serta Tambunan dalam jangka panjang.

Membina Tambunan baharu memerlukan masa, kesungguhan dan sokongan semua pihak kerana ianya berlangsung mulai tahun ini sehingga Tahun 2030 yakni, hanya 4 tahun lagi baki masa yang ada.

Asas yang kukuh sudah berjaya dibina hari ini terhasil dari tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri dan manfaatnya bukan sahaja dirasai oleh generasi sekarang, malah akan diwarisi oleh anak cucu pada masa hadapan.

Akhirnya, perjuangan ini bukan sekadar tentang impian atau idea seorang pemimpin bahagian seperti Victor malah ia adalah usaha memastikan Tambunan terus bergerak ke hadapan sebagai sebuah daerah yang lebih maju, makmur dan mampu memberi kehidupan yang lebih baik kepada seluruh rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles