Newbaxter Tibin Menang Timbalan Ketua Pemuda UPKO Pusat

KOTA KINABALU: Ketua Pemuda UPKO Tuaran Newbaxter Tibin memenangi jawatan Timbalan Ketua Pemuda UPKO Pusat menewaskan pencabarnya Jolyhame Saran.

Newbaxter memperoleh 97 undi mengatasi  Ketua Pemuda UPKO Kota Belud Jolyhame dengan kelebihan 10 undi.

Nexbaxter yang menang Ketua Pemuda UPKO Tuaran tanpa tanding baru-baru ini merupakan penyokong tegar MP Tuaran yang juga Ketua UPKO Bahagian Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Anak jati kg Mantob Kiulu itu menggantikan Rayner Ebi, bekas ketua pemuda UPKO Tuaran yang memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas pemilihan parti di Dewan Hongkod Koisaan Penampang, Newbaxter menzahirkan ucapan terima kasih kepada perwakilan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Kemenangan ini merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul demi masa depan parti, sekali gus menjadi dorongan kuat untuk terus berkhidmat dan mendepani cabaran,” katanya.

Newbaxter turut menyeru anggota UPKO, terutama sayap pemuda supaya terus bersatu dan memantapkan kerjasama demi kebaikan semua.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles