Mustapha Sakmud seru rakyat waspada trend “politik sentimen” untuk raih sokongan  – Mustapha Sakmud

KOTA KINABALU:  Rakyat perlu berwaspada terhadap manipulasi politik sentimen yang digunakan oleh pihak tertentu semata-mata untuk meraih sokongan.

Ketika membuat seruan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata fenomena politik sentimen yang mengutamakan emosi, kaum, atau retorik berbanding prestasi kerja kini kelihatan mendominasi arena politik negara.

Beliau berkata analisis dan dapatan awal keputusan pilihan raya negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan menunjukkan

sentimen politik jelas mengatasi aspek prestasi kerja yang menurutnya agak membimbangkan.

“Dan memang (senario politik) ini akan sedikit sebanyak memberi kesan politik di Sabah.

 “Sebab kalau kita lihat dari segi prestasi ekonomi negara dan juga prestasi kerajaan negeri…ia seolah-olah tidak diambil kira dalam pertimbangan 

“Nampaknya sentimen itu melebihi. Jadi kita kena fikirkan sama ada ini baik untuk negara atau sebaliknya. Tetapi, saya fikir kita ada masa lagi Untuk kita memperbaiki kelemahan-kelemahan,” katanya.

Mustapha berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Madani STPM 2025 di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu, dekat sini, hari ini.

Antara pencapaian utama Kerajaan MADANI di Sabah termasuklah peningkatan peruntukan pembangunan kepada RM17.5 bilion pada tahun 2026, penyelesaian tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk sembilan perkara, serta kenaikan bayaran Pemberian Khas Interim Sabah kepada RM1.5 bilion.

Selain itu, kerajaan Persekutuan juga memberikan pengiktirafan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah untuk meluluskan projek bernilai sehingga RM50 juta.

Ketika diminta mengulas cadangan Kerajaan Negeri Sabah untuk menyediakan pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi milik Yayasan Sabah iaitu University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), Mustapha berkata ia wajar dilaksanakan sekiranya kedudukan kewangan negeri mengizinkan demi kebaikan bersama.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles