Wiramuda STAR Sabah semakin lumpuh

KOTA KINABALU: Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) semakin lumpuh apabila Timbalan Ketua Exco Wiramuda STAR Sabah Muhammad Raiyan Fung Abdullah mengumumkan peletakan jawatan dalam parti.

Menerusi satu kenyataan, Raiyan berkata beliau turut melepaskan jawatan Setiausaha Bahagian STAR N.69 Sri Tanjong, selain mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa 26 Julai.

Menurut Raiyan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira semua faktor, termasuk sebab-sebab peribadi dan kepentingan masa depannya.

“Saya membuat keputusan ini setelah melalui pertimbangan yang sewajarnya atas sebab-sebab peribadi dan demi kepentingan masa hadapan saya,” katanya.

Raiyan berkata, beliau amat menghargai segala peluang, kepercayaan dan pengalaman yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam STAR.

Raiyan turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, kepimpinan parti di semua peringkat serta seluruh ahli yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang beliau memegang kedua-dua jawatan tersebut.

“Saya amat menghargai segala peluang, kepercayaan serta pengalaman yang telah diberikan sepanjang penglibatan saya bersama parti,” katanya.

Beliau turut berharap agar STAR terus maju dan berjaya dalam memperjuangkan aspirasi rakyat serta mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles