KOTA KINABALU: Bekas wartswan New Sabah Times Shaban Shah bin Parbo , 68, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di rumah PPR Keramat Putatan pada Isnin.
Menurut anak Allahyarham, Shafrizan Shah jenazah ayahnya dikebumikan tanah di tanah perkuburan Kampung Ulu Satu Putatan petang Isnin.
Allahyarham yang sering menggunakan nama penanya Shane Shah amat sinonim serta terkenal dengan liputan berita jenayah sewaktu bertugas sebagai wartawan New Sabah Times zaman 90an.
Menurut editor Jesselton Times yang juga bekas Ketua Biro Bernama Sabah, Newmond Tibin, Allahyarham merupakan seorang wartawan yang peramah dan mudah didampingi dan begitu komited dengan tugas, khususnya dalam bidang kewartawanan penyiasatan dan jenayah.
“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham diampuni segala dosanya, dicucuri rahmat, serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan emosi dalam menghadapi dugaan ini,” kata Newmond.
