Oleh: JT
PENAMPANG: Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM)Bergerak yang diadakan di Kampung Pogunon pada Jumaat berjaya membawa manfaat besar kepada penduduk setempat.
Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung berkenaan berjaya menarik kehadiran ramai penduduk yang mengambil peluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih rendah.
Sehubungan itu, Pengerusi JKKK Kampung Pogunon, Stanislaus Dumalin berkata, pihaknya bercadang untuk menganjurkan program itu pada setiap bulan.
“Ketika kos sara hidup terus menjadi kebimbangan rakyat, saya melihat Program Jualan Rahmah MADANI Bergerak di Kampung Pogunon perlu kerap diadakan.
“Saya akan kemukakan cadangan ini kepada agensi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sarah Hidup (KPDN) dan jika dipersetujui maka program ini akan kita anjurkan sekali setiap bulan,” katanya ketika ditemui dimajlis itu.
Stanislaus berkata, program itu yang buat pertama kali diadakan di kampung itu mendapat sambutan yang mengalakkan meskipun ia diadakan pada hari bekerja.
“Program ini sepatutnya diadakan pada hari Sabtu atau Ahad tetapi kita adakah hari ini, Jumaat berikutan jadual program ini yang agak ketat,” katanya.
Inisiatif JKKK Kampung Pogunon mengnjurkan program tersebut turut menerima pujian penduduk setempat dan berharap lebih banyak kampung lain mencontohi usaha berkenaan bagi memastikan manfaat Program Jualan Rahmah MADANI dapat dinikmati lebih meluas oleh penduduk luar bandar.
