Newbexter Tibin dipilih Ketua Pemuda UPKO Tuaran

TAMPARULI: Newbaxter Tibin dipilih tanpa tanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran yang baharu pada Mesyuarat Agung Tritahunan UPKO Bahagian Tuaran, di sini pada Ahad.

Anak jati kg Mantob Kiulu itu menggantikan Rayner Ebi yang memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Sementara itu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengekalkan jawatan Ketua Bahagian UPKO Tuaran apabila dipilih tanpa bertanding.

Turut dipilih tanpa bertanding ialah Jeffry Teo sebagai Timbalan Ketua Bahagian, Puan Lomiti Jahan (Ketua Wanita), dan Jainysius Sipan sebagai Ketua Generasi Muda.

Mesyuarat itu disempurnakan oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah.

Mesyuarat UPKO Tuaran itu, antara lain meluluskan sembilan usul yang merangkumi aspirasi ke arah memartabatkan hak Perlembagaan Sabah, memperkasakan kecekapan tadbir urus, serta melonjakkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan sosioekonomi, khususnya di Tuaran dan Tamparuli.

Sumber-Nabalu News

Related Articles

253FansLike

Latest Articles