Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Dato’ Victor P. Paut terima kunjungan hormat Pegawai Daerah Tambunan

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Victor P. Paut menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Daerah Tambunan Mohd Azri Jaini Jeffery dipejabatnya disini, pada Rabu.

Kunjungan yang berlangsung dalam suasana mesra dan profesional ini bertujuan sebagai sesi suai kenal serta mengeratkan hubungan antara pentadbiran daerah Tambunan dan pihak korporat.

Sepanjang pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara termasuk pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang mampu memberi manfaat kepada komuniti luar bandar di daerah Tambunan.

Victor turut menyatakan komitmen pihak Kumpulan Sawit Kinabalu untuk terus bekerjasama dengan pentadbiran daerah Tambunan dalam menyokong agenda pembangunan yang mampan dan inklusif.

Beliau berharap hormat ini diharap menjadi asas kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan daerah Tambunan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles