ADUN Elopura turun padang lawat projek pembaikan jalan masuk Bandar Prima

SANDAKAN:  Calvin Chong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N55 Elopura telah mengadakan lawatan tapak bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan di jalan masuk Bandar Prima yang sedang dilaksanakan susulan masalah paip bawah tanah yang pecah sebelum ini.

Masalah tersebut telah menjejaskan kelancaran lalu lintas serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. Sehubungan itu, YB Calvin Chong sebelum ini telah menggesa pihak Jabatan Air agar mengambil tindakan segera bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan demi memastikan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan pengguna jalan raya serta penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut pihak kontraktor yang dilantik, pelaksanaan kerja-kerja pembaikan sebelum ini mengambil masa berikutan keperluan mendapatkan kelulusan serta menjalankan penyelarasan dengan beberapa pihak utiliti lain, termasuk Jabatan Elektrik dan Jabatan Air, bagi mengelakkan gangguan terhadap infrastruktur sedia ada serta memastikan kerja dilaksanakan dengan selamat dan teratur.

Kini, pihak kontraktor telah giat menjalankan kerja-kerja pembaikan di lokasi berkenaan dengan lebih tersusun dan berfasa. Semua kerja pembaikan dijangka akan disiapkan sepenuhnya dalam tempoh satu (1) bulan, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak.

Calvin Chong akan terus memantau perkembangan kerja-kerja pembaikan ini dari semasa ke semasa dan memastikan semua pihak terlibat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar masalah yang dihadapi penduduk dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, termasuk agensi kerajaan, pihak kontraktor serta penduduk setempat atas kesabaran, kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja pembaikan ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles