JANS digesa ambil tindakan drastik selesaikan masalah air di Kem Lok Kawi – Jeffery Nor

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diseru mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah air yang tidak berkesudahan di Kem Lok Kawi.

Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed berkata langkah itu penting memandangkan Kem Lok Kawi merupakan penempatan askar-askar negara yang sentiasa bersiap sedia mempertahankan negeri Sabah dan negara Malaysia.

“Kita semua tahu kem Lok Kawi adalah penempatan askar-askar kita. Maka keperluan fasiliti asas menjadikan ianya keutamaan dalam menjaga moral para prajurit kita,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jeffery berkata beliau mendapat maklum bahawa setiap rumah keluarga tentera membayar secara pukal yang mana setiap rumah dikenakan potongan gaji antara RM15 dan RM20 bagi mendapatkan sumber air secara konsisten.

“Namun apa berlaku disebaliknya. Penggunaan keseluruhan secara kasar dalam kawasan kem Lol Kawi sahaja mencecah sejuta liter.

“Sistem ‘water boring’ (penggerudian air)

yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pertahanan masih tidak mencukupi dan potensi untuk kekal lama penggunaannya tidak dapat dipastikan,” katanya.

Jeffery berkata permasalahan air dalam kem Lok Kawi sudah berlanjutan sekian lama dan sudah tentu tindakan yang drastik perlu dilakukan segera.

“Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak, namun cari lah cara yang amat sesuai untuk ‘pemulihan’ dalam jangka pendek dan jangka panjang,” katanya.

Sehubungan itu, Jeffery berharap JANS dapat mengambil tindakan drastik, sekali gus memastikan penyaluran sumber air bersih yang mencukupi di kem Lok Kawi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles