Yayasan Qhazanah Sabah beri sumbangan Sekolah Pendidikan Khas Daerah Sipitang sempena Krismas

SIPITANG : Yayasan Qhazanah Sabah (YQS) meraikan murid-murid Sekolah Pendidikan Khas Daerah Sipitang menerusi satu majlis penyerahan sumbangan Sempena Perayaan Krismas di Quang Square Sipitang, semalam.

Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad (QSB) Datuk Dr Yusof Yacob menyampaikan simbolik penyerahan sumbangan berupa alat bantu mengajar seperti television kepada lima sekolah dan sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).

Pada majlis sama, Dr Yusof turut menyampaikan goodies kepada beberapa murid dari sekolah tersebut pada majlis tersebut.

Hadir sama, Pengarah YQS Majorie Noivont, Pegawai Kebajikan Daerah Sipitang Effie Hester Justin dan Penolong Pegawai Tadbir Daerah Sipitang Rhymie Abdul Rahman.

Berucap pada majlis itu, Dr Yusof berkata, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) QSB menerusi YQS kepada masyarakat.

Katanya, QSB sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri memastikan keuntungan syarikat akan memberi manfaat kepada rakyat negeri ini selain menjana dividen kepada kerajaan negeri.

Justeru itu, katanya, YQS diwujudkan sebagai komitmen utama QSB memberi sumbangan kepada masyarakat menerusi CSR termasuk bantuan berkaitan bencana alam kepada mereka yang terjejas di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles