SPR isytihar kerusi DUN Lamaq dan kerusi Parlimen Kinabatangan kosong

Kenyataan Media Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima pemakluman rasmi daripada YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat pada 8 Disember 2025 dan YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim bin Haji M. Yahya, Speaker Dewan Undangan

Negeri Sabah pada 9 Disember 2025, berhubung dengan kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N.58 Lamag, Sabah

berikutan kematian penyandangnya Allahyarham YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin.

 Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 21 (5) Perlembagaan Negeri Sabah yang memperuntukkan bahawa kekosongan luar

jangka kerusi Parlimen P.187 Kinabatangan dan Dewan Undangan N.58 Lamag, Sabah, hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan dipastikan SPR.

Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas pada 16 Disember 2025 (Selasa). 

Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ramlan

bin Dato’ Harun, Pengerusi SPR, di mana tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.187 Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan N.58 Lamag,

Sabah seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan

pilihan raya tersebut akan dibincangkan.

Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut berakhir.

DATUK KHAIRUL SHAHRIL BIN IDRUS

Setiausaha

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

9 Disember 2025

Related Articles

253FansLike

Latest Articles