Yatiran Terharu Dikunjungi Zaini Tiksun, Calon BN N.51 Sungai Manila

SANDAKAN: Yatiran Mujid melahirkan rasa terharu apabila dikunjungi Zaini Tiksun, Calon Barisan Nasional No.4 N.51 Sungai Manila, yang menziarahinya di kediamannya selepas sekian lama mengalami masalah kesihatan akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2007.

Yatiran, seorang pemandu lori, terlibat dalam kemalangan di Batu 21, Jalan Labuk Sandakan yang menyebabkan beliau tidak lagi dapat berjalan dengan sempurna sehingga kini.

Zaini yang hadir menzahirkan rasa simpati atas keadaan Yatiran dan mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan.

“Saya sangat tersentuh dengan keprihatinan beliau. Zaini bukanlah seorang pemimpin baharu, tetapi sudah lama berkhidmat sejak zaman beliau dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Libaran,” kata Yatiran.

Menurutnya, beliau lebih mengenali Zaini berbanding calon-calon lain yang baharu tampil dalam arena politik.

“Zaini pernah menjadi Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) di Sungai Sibuga dan memiliki pengalaman luas. Insya-Allah, saya percaya beliau mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah kali ini.

“Saya juga yakin Barisan Nasional mampu menang dan kembali memerintah negeri,” tambahnya.

Zaini dalam lawatan itu turut menyatakan komitmennya untuk terus mendekati rakyat yang memerlukan serta memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberi keutamaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles