KOTA KINABALU: BMU White menepati ramalan ramai apabila berjaya menjuarai pertandingan Liga Futsal 4 Penjuru BMU 2025 Tertutup di sini baru-baru ini.
Pasukan BMU Yellow meraih gelaran naib juara manakala tempat ketiga disandang pasukan BMU Red.
Tempat keempat pula jatuh kepada pasukan BMU Black.
Pertandingan itu turut menyaksikan Musli bin Lumin muncul penjaring terbanyak manakala gelaran penjaga gol terbaik diraih Alfreldent Michael.
Pengadilan perlawanan dikendalikan dengan cemerlang oleh Marcellinus Petrus dan Encik Paul Majanggim.
Sementara itu, Presiden BMU Encik Ninewjo Newmond menzahirkan ucapan terima kepada semua pasukan dan pemain yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi dan kerjasama sepanjang pertandingan itu.
“Terima kasih semua atas komitmen dan profesionalisme dan kita berharap dapat menganjurkan pertandingan ini setiap tahun.
“Jika tiada aral melintang pada hujung tahun ini akan adakan siri kedua liga futsal BMU tertutup sempena hari keluarga BMU,” katanya.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden Encik Rayner Silak, Naib Presiden Encik Raynold Senuil, Setiausaha: Cik Molina Makapin dan bendahari Encik Marius Simbi.
