PAPAR: Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Mook dan Kampung Marahang, Papar semalam meragut lima nyawa di semalam.
Ketua Cabang KEADILAN Papar, Roslee Malek berkata, bencana yang menimpa negeri ini harus ditangani bersama tanpa mengira perbezaan fahaman politik dan tidak wajar dipolitikkan.
“Saya sendiri kehilangan lima orang warga Papar akibat kejadian ini. Ia satu tragedi besar yang cukup menyedihkan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Roslee berkata, Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Pengarah ICU untuk menyalurkan bantuan segera kepada keluarga yang terkesan.
“Insha-Allah, bantuan kerajaan MADANI akan sampai dalam masa terdekat ke seluruh kawasan terjejas di Sabah,” katanya.
Setakat ini, hampir 100 mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan jumlah itu dijangka terus meningkat sekiranya keadaan bertambah buruk.
Beliau menambah, penyaluran sumbangan itu turut mewakili Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong; Setiausaha MPN Sabah, Abdul Razak Jamil; serta Bendahari Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Datuk Nordin Ening.
