“Projek Lampu Solar Siap Oktober ini, Kemalangan Maut Bakal Berkurangan,” kata Liew Yun Fah

TAWAU: Penduduk sekitar Merotai bakal menarik nafas lega apabila projek pemasangan lampu jalan solar LED dari Jambatan Putih hingga ke Kampung Sungai Udin dijangka siap sepenuhnya pada hujung Oktober ini.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, kerja-kerja pemasangan sudah bermula sejak minggu lalu dan kini sampai ke kawasan simpang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abaka, Merotai.

“Projek ini bukti jelas kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan hanya janji politik semata-mata.

“Terima kasih kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang meluluskan projek ini Februari lalu,” katanya ketika melawat pemasangan projek tersebut hari ini.

Liew merupakan Naib Presiden GRS berkata, laluan berkenaan sebelum ini sering gelap dan menjadi lokasi kemalangan maut, terutama pada waktu malam.

“Dengan adanya lampu solar ini, keselamatan pengguna jalan raya lebih terjamin. Namun saya ingatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana kerja pemasangan masih berjalan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Liew turut merakamkan penghargaan kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor kerana bekerjasama menjayakan projek itu.

Katanya, usaha kerajaan GRS itu membuktikan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles