Peniaga restoran pekan Tuaran yang harap tuah kerajaan GRS terpaksa sering tutup kedai akibat gangguan bekalan air – Jaesman

TUARAN: Beberapa premis restoran di pekan Tuaran, yang selama ini mengharapkan bekalan air yang lebih baik di bawah kerajaan GRS, sering menutup sebahagian besar restoran dan kedai makan di sekitar pekan it, selepas mengalami gangguan bekalan air, terutama seminggu yang lepas.

Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Dun Pantai Dalit Gundohing Jaesman Gipin berkata beliau bersimpati dengan masalah yang dihadapi peniaga restoran terbabit dan meminta pihak berwajib memberi penjelasan  kenapa perkara itu sering berlaku.

“Beberapa peniaga restoran mengadu kepada saya yang aktiviti perniagaan mereka terjejas dan perlahan.

“Mereka kata paling teruk seminggu yang lepas di mana banyak restoran terpaksa ditutup sementara…mereka mengadu masalah air ini semakin menjadi jadi kebelakangan ini,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Oleh itu, Jaesman berkata sudah tiba masanya rakyat Sabah, termasuk di Tuaran supaya bangkit membetulkan keadaan itu dalam PRN akan datang.

“Masa lima tahun cukup lama untuk sekurang-kurangkan mengurangkan gangguan bekalan air di pekan Tuaran…tetapi apa yang berlaku semakin kerap sehingga menyebabkan penurunan daripada pendapatan.

“Ini tidak termasuk jalan Berungis-pekan Tuaran yang sesak waktu tertentu kerana kegagalan wakil rakyat lebih 30 tahun berjuang melebarkan jalan penting ini,” katanya sambil berkata keluhan peniaga itu dikongsi oleh David Wong Fok Loi, Naib Ketua Penyelaras KDM Pantai Dalit.

Jaesman berharap kekecewan dan keluhan rakyat itu dapat diterjemahkan kepada undi pembaharuan dalam PRN demi masa depan yang lebih baik.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles