Bekas Ketua Pemuda PBM Sabah sertai GAS

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) Negeri Sabah Jonehtan Matheus menyertai Parti Gemilang Anak Sabah (GAS).

Beliau menyerahkan borang keahlian GAS kepada Presiden parti itu, Jismit Japong sempena mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu yang diadakan di RAIA Hotel Sembulan dekat sini pada Ahad.

Turut bersama Jonehtan menyertai GAS ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta Ketua-ketua PBM bahagian Moyog, Kedamaian, Tanjung Papat, Telupid, Paginatan, Kundasang, dan Kuala Penyu.

Jonehtan berkata, keputusannya bersama bekas AMT dan ketua-ketua bahagian PBM keluar daripada PBM kerana kekecewaan terhadap kepimpinan presiden parti itu yang tidak konsisten. Slogan “Langgar Tetap Langgar” yang suatu ketika dilaungkan hanya tinggal retorik.

“Apabila tiba masa memberi peluang kepada ketua-ketua bahagian untuk bertanding di kawasan Pakatan Harapan (PH), presiden PBM sendiri membuat “U-Turn”, sekaligus menafikan ruang demokrasi dan semangat perjuangan asal,” katanya.

“Atas semangat keberanian dan keikhlasan perjuangan, kami memilih untuk menyertai GAS kerana ia adalah parti lokal, dekat dengan denyut nadi rakyat serta diyakini mampu memperjuangkan hak dan maruah Sabah.

“Kami percaya dengan visi dan misi Presiden PGAS yang jelas, telus, tanpa ada selindung, untuk sama-sama mengangkat dan memartabatkan negeri Sabah ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Pengunduran ini bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan baharu untuk membina politik berasaskan integriti, keberanian dan keutamaan kepada rakyat Sabah,” tambahnya.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Nasional PBM, Tuan Hanis Asmui, yang mendakwa pengunduran kami dari PBM “tidak memberi impak” kepada PBM, Jonehtan berkata, ia adalah kenyataan yang dangkal dan cuba menutup kelemahan sebenar parti.

“Hakikatnya, kehilangan kepimpinan pemuda bersama beberapa bahagian utama merupakan tamparan besar kepada PBM kerana ia melibatkan kekuatan akar umbi dan tenaga anak muda di Sabah.

“Kami kini bersama Parti Gemilang Anak Sabah.Tugas kami sekarang untuk membantu merealasikan visi dan perjuangan parti ini selari dengan slogan parti “Kejayaan Kita Kemenangan Rakyat! Sabah Bangun!,” katanya,

Related Articles

253FansLike

Latest Articles